Ketahui ciri yang membezakan Chrome daripada yang lain

Dengan ciri berguna daripada Google, Chrome membantu anda menyelesaikan tugas dan kekal selamat dalam talian.

Penjuru atas sebelah kiri komputer riba Pixelbook Go dengan skrin yang memaparkan bar carian Google.com dan apl kegemaran.
Telefon Pixel 4 XL dengan skrin yang memaparkan bar carian Google.com, apl kegemaran dan artikel yang dicadangkan.
ikon kata laluan

Semakan Kata Laluan

Ketahuilah bahawa kata laluan anda selamat

Chrome bukan sahaja dapat menjana dan menyimpan kata laluan kukuh, tetapi Chrome juga dapat menyemak kata laluan yang disimpan dan memberikan amaran tentang sebarang pelanggaran dalam talian.

Pixelbook Go laptop with screen displaying Chrome password check with a passsword update dialog box.

segerakkan

Segerakkan Chrome pada semua peranti

Bahan anda dalam Chrome sentiasa bersama anda ke mana-mana jua anda pergi - daripada komputer riba kepada tablet kepada telefon. Apabila anda menghidupkan penyegerakan, anda dapat mengakses penanda halaman, kata laluan yang disimpan dan maklumat pembayaran yang selamat.

Tetingkap penyemak imbas Chrome yang memaparkan tetapan akaun dan penyegerakan untuk Akaun Google yang telah mendayakan penyegerakan.

Mod gelap

Gunakan tema gelap dengan Chrome

Pilih tema dan warna yang pelbagai, seperti mod Gelap, untuk memenuhi keperluan atau mengikut perasaan anda.

Cerah

Gelap

Jadilah lebih produktif

Tetingkap penyemak imbas Chrome yang memaparkan gabungan beberapa tab dalam kumpulan tab.

Tab

Kekal teratur dengan tab

Tab membantu anda kekal teratur, menjejak beberapa halaman dan melakukan berbilang tugas secara serentak. Anda boleh mengumpulkan tab agar lebih teratur atau menyematkan tab untuk membuka laman web yang paling kerap digunakan secara automatik.

Tetingkap penyemak imbas Chrome yang memaparkan kotak dialog kawalan media.

Kawalan media

Lebih kawalan terhadap media anda

Kawal audio dan video yang dimainkan dalam mana-mana tab Chrome dengan mudah. Buka hab media untuk mengakses kawalan untuk mengurus media yang sedang dimainkan atau keluarkan tetingkap timbul video untuk dilihat dalam mod gambar dalam gambar.

Penyemak imbas Chrome yang memaparkan kotak dialog penukar profil.

Profil

Pastikan akaun anda terpisah dengan profil

Anda boleh menyimpan maklumat seperti penanda halaman, sejarah, kata laluan dan tetapan lain secara berasingan dengan menggunakan profil. Profil sesuai untuk komputer yang dikongsi oleh beberapa orang, atau untuk menyimpan akaun anda, misalnya akaun kerja dan peribadi secara berasingan.

icon-article

Artikel untuk Anda

Dapatkan artikel yang dipilih khusus untuk anda

Apabila anda menggunakan telefon, Chrome memaparkan artikel, blog dan kandungan daripada seluruh web yang disesuaikan mengikut minat anda. Penggunaan yang lebih kerap akan menjadikan Chrome lebih diperibadikan.

Telefon Pixel 4 XL dengan skrin yang memaparkan pautan artikel yang dipilih susun.

Sambungan

Tambah pelbagai lagi fungsi dengan sambungan untuk Chrome.

Dapatkan Penyemak Imbas oleh Google