Chrome melindungi privasi anda dan meletakkan kawalan di tangan anda

Memastikan anda selamat dan terjamin di dalam talian adalah sebahagian daripada DNA Chrome. Dengan kawalan privasi intuitif, Chrome membolehkan anda melaraskan tetapan dan menyesuaikan pengalaman menyemak imbas yang sesuai untuk anda.

Keselamatan

Sahkan keselamatan dalam talian anda dengan Semakan keselamatan

Semakan keselamatan membantu dalam memastikan keselamatan dan privasi keseluruhan pengalaman penyemakan imbas anda terjamin. Semakan keselamatan akan memberitahu anda jika mana-mana kata laluan yang disimpan dalam Chrome telah terjejas, membenderakan sambungan berbahaya dan memastikan perlindungan keselamatan anda terkini.

Tetingkap penyemak imbas Chrome yang memaparkan tetapan akaun dan penyegerakan untuk Akaun Google yang telah mendayakan penyegerakan.

kawalan

Kawalan hebat yang intuitif untuk digunakan

Dengan kawalan privasi Chrome, anda boleh mengosongkan sejarah penyemakan imbas, mengurus kuki dan mengawal kebenaran laman web seperti akses kepada lokasi atau kamera anda.

Halaman tetapan Privasi dan Keselamatan penyemak imbas Chrome dalam peranti mudah alih.

kemaskinian

Keselamatan yang tidak perlu dirisaukan

Chrome dikemas kini setiap enam minggu agar anda mendapat ciri dan pembetulan keselamatan terkini yang akan melindungi anda daripada ancaman keselamatan seperti perisian hasad atau pancingan data.

Penjuru atas sebelah kanan tetingkap penyemak imbas Chrome yang menyerlahkan gesaan Kemas Kini.

Dapatkan Penyemak Imbas oleh Google