Laman Utama

Petua

Petua dan pintasan untuk menyemak imbas dengan lebih baik

Petua Chrome ini dapat membantu anda menyelesaikan tugas dengan lebih cepat menggunakan penyemak imbas anda - daripada mengumpulkan tab kepada mempelajari pintasan papan kekunci yang menjimatkan masa.

Susun tab anda menggunakan kumpulan tab Chrome

Kembangkan semua Runtuhkan semua

Buat kumpulan tab anda

Anda boleh mengumpulkan tab untuk menyatukan halaman yang berkaitan dalam satu ruang kerja. Untuk membuat kumpulan tab, cuma klik kanan mana-mana tab dan pilih Tambahkan tab pada kumpulan baharu.

  1. Klik kanan tab.
  2. Klik Tambahkan Tab pada kumpulan baharu.
  3. Klik Kumpulan Baharu atau klik nama kumpulan tab yang sedia ada.
Tetingkap penyemak imbas Chrome dengan kotak dialog yang memaparkan kumpulan tab baharu sedang dibuat

Sesuaikan Chrome menggunakan petua ini

Kembangkan semua Runtuhkan semua

Buat pintasan Chrome untuk ke laman kegemaran anda

Pintasan boleh menjimatkan masa anda yang berharga. Cuma pergi ke dialog ‘Pintasan’ dalam menu Sesuaikan.

  1. Buka tab baharu.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan, klik Sesuaikan.
  3. Klik Pintasan.
Tetingkap tetapan penyemak imbas Chrome memaparkan dialog Pintasan.

Petua berguna untuk memaksimumkan Chrome

Kembangkan semua Runtuhkan semua

Isi dan simpan PDF tanpa kehilangan hasil edit anda

Isi borang PDF dalam Chrome dan jangan risau tentang kehilangan maklumat yang anda masukkan. Simpan sahaja borang itu bersama input anda dan apabila anda membuka fail itu lagi nanti, anda boleh menyambung semula dari tempat anda berhenti.

  1. Isi PDF dalam penyemak imbas anda.
  2. Klik Muat Turun .
  3. Pilih salah satu antara versi “Asal” atau “Diedit”.
Tetingkap penyemak imbas Chrome dengan dokumen PDF yang terbuka, dizum masuk pada menu pilihan muat turun dan cetak.

Gunakan pintasan papan kekunci Chrome untuk menjimatkan masa

Kembangkan semua Runtuhkan semua

Buka semula tab yang terakhir ditutup

Kadangkala anda tersedar bahawa anda tidak sepatutnya menutup tab itu sejurus selepas menutupnya. Itulah sebabnya Chrome membolehkan anda mengembalikan tap yang ditutup hanya menggunakan beberapa ketukan kekunci yang mudah.

  • Windows, Chrome OS & Linux: Ctrl + Shift + T
  • Mac: Command + Shift + T
Tetingkap penyemak imbas Chrome memaparkan tab yang ditutup baru-baru ini sedang dibuka semula.

Sambungan

Tambah pelbagai lagi fungsi dengan sambungan untuk Chrome.