Foto dari masa lalu, temui pengimbas dari masa depan.

Imbas foto dalam beberapa saat sahaja
Jangan hanya mengambil gambar. Buat imbasan digital yang dipertingkatkan, dengan pengesanan pinggir automatik, pembetulan perspektif dan putaran pintar.

Gambar yang sempurna dan bebas silau
PhotoScan menjahit berbilang imej bersama-sama untuk mengalih keluar silau dan meningkatkan kualiti imbasan anda.
Kekal terurus dengan Foto Google
Sandarkan imbasan anda dengan apl Google Photos untuk memastikan imbasan anda selamat, boleh dicari dan tersusun – malahan, mengikut orang dan benda dalam imbasan tersebut. Selain itu, hidupkan imbasan anda dengan filem, penapis dan kawalan pengeditan lanjutan.
