Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Chrome dan OS Chrome

Terakhir diubah suai: 1 Januari 2021

Dengan menggunakan Chrome atau OS Chrome, anda bersetuju menerima Syarat Perkhidmatan Google yang terdapat di https://policies.google.com/terms serta Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Chrome dan OS Chrome ini.

Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Chrome dan OS Chrome ini digunakan pada versi kod boleh laksana Chrome serta OS Chrome. Kebanyakan kod sumber untuk Chrome tersedia secara percuma menurut perjanjian lesen perisian sumber terbuka di https://code.google.com/chromium/terms.html.

Penggunaan komponen Chrome dan OS Chrome yang tertentu oleh anda tertakluk pada syarat yang berikut:

AVC

PRODUK INI DILESENKAN MENURUT LESEN PORTFOLIO PATEN AVC UNTUK KEGUNAAN PERIBADI PENGGUNA ATAU KEGUNAAN LAIN YANG TIDAK MEMBERIKAN GANJARAN KEWANGAN BAGI (i) MENGEKOD VIDEO MENURUT PIAWAIAN AVC ("VIDEO AVC") DAN/ATAU (ii) MENYAHKOD VIDEO AVC YANG TELAH DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN/ATAU TELAH DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MEMBEKALKAN VIDEO AVC. TIADA LESEN DIBERIKAN UNTUK SEBARANG KEGUNAAN LAIN DAN TIADA LESEN YANG MEMBAYANGKAN KEBENARAN UNTUK SEBARANG KEGUNAAN LAIN. MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA MPEG LA, L.L.C. LIHAT HTTP://WWW.MPEGLA.COM.

Di samping itu, penggunaan anda terhadap komponen OS Chrome tertentu tertakluk pada syarat yang berikut:

MPEG-4

PRODUK INI DILESENKAN MENURUT LESEN PORTFOLIO PATEN VISUAL MPEG-4 UNTUK KEGUNAAN PERIBADI ATAU BUKAN KOMERSIL PENGGUNA BAGI (i) MENGEKOD VIDEO MENURUT PIAWAIAN VISUAL MPEG-4 ("VIDEO MPEG-4") DAN/ATAU (ii) MENYAHKOD VIDEO MPEG-4 YANG TELAH DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIL DAN/ATAU TELAH DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN OLEH MPEG LA UNTUK MEMBEKALKAN VIDEO MPEG-4. TIADA LESEN DIBERIKAN UNTUK SEBARANG KEGUNAAN LAIN DAN TIADA LESEN YANG MEMBAYANGKAN KEBENARAN UNTUK SEBARANG KEGUNAAN LAIN. MAKLUMAT TAMBAHAN TERMASUK YANG BERKAITAN DENGAN KEGUNAAN PROMOSI, DALAMAN DAN KOMERSIL SERTA PELESENAN BOLEH DIDDAPAT DARIPADA MPEG LA, LLC. LIHAT HTTP://WWW.MPEGLA.COM.